Sistem penggera keselamatan banjir domestik (D 'FESAS)
Banjir kilat adalah antara bencana alam yang berlaku dengan cepat yang boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas harta benda dan nyawa manusia. Sistem amaran yang boleh memberi peringatan kepada penghuni rumah adalah amat penting pada masa kini terutamanya- jika hujan lebat berlaku. Dengan adanya satu...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4525/ http://eprints.uthm.edu.my/4525/1/SISTEM_PENGGERA_KESELAMATAN_BANJIR_DOMESTIK.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Banjir kilat adalah antara bencana alam yang berlaku dengan cepat yang boleh
mengakibatkan kesan buruk ke atas harta benda dan nyawa manusia. Sistem amaran
yang boleh memberi peringatan kepada penghuni rumah adalah amat penting pada
masa kini terutamanya- jika hujan lebat berlaku. Dengan adanya satu sistem yang
boleh memberikan amaran awal mengenai paras air sehingga ke tahap yang
membahayakan mungkin boleh mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak
diingini. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem penggera
keselamatan banjir domestik (Domestic Flood Emergency Security Alarm System
(D'FESAS)) khususnya di kawasan perumahan dan kawasan rendah. D'FESAS
beroperasi secara hidraulik, di mana litar pengesan banjir dan unit pengesan akan
menghantar isyarat menggunakan sensor yang telah dipasang pada setiap tahap
ukuran banjir. Penggera pula dipasang pada tahap ukuran banjir yang paling bahaya.
Di dalam kajian ini, jenis pengesan banjir yang digunakan adalah jenis "probe
sensor7' dan SPDT suis. Kajian ini juga tertumpu pada penggunaan mikropengawal IC
CD4066BE yang mana merupakan penggerak utama kepada sistem ini.
Mikropengawal berfungsi untuk mengawal isyarat masukan dan memproses data
masukan tersebut untuk menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki iaitu
dengan nyalaan lampu 'Light Emiting Diode' (LED). Setiap warna lampu LED
menunjukkan tahap ukuran banjir yang berbeza iaitu bermula daripada tahap selamat,
berjaga-jaga, kecemasan sehingga tahap bahaya. Sistem hidraulik ringkas iaitu aliran
dalam paip digunakan dalam kajian ini yang diubahsuai mempunyai sensor bagi
tujuan untuk menghidupkan lampu (LED) dan penggera. D'FESAS telah dihasilkan
dalam bentuk sistem litar ringkas dan penggunaan paip sebagai penentuukur kepada
tahap aras air di mana pemasangan boleh dilakukan pada dinding rumah dan pada
sistem perparitan yang berdekatan. Kajian mendapati, D7FESAS dapat membantu
pengguna daripada menghadapi ancaman banjir kilat dan mempunyai beberapa
kelebihan, di antaranya kos yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap
pengguna. Selain itu, D'FESAS juga merupakan sistem mudah alih dan ringan serta
penggunaannya yang mudah difahami dan mesra pengguna. |
|---|