Kaedah lestari bio-serapan dalam merawat air bumi menggunakan bahan organik
Air bawah tanah adalah salah satu sumber air yang mempunyai peratusan yang rendah untuk tercemar dengan bahan pencemar N amun, peningkatan aktiviti guna tanah dan penerokaan baru menyebabkan pencemaran air bawah tanah bukan lagi satu perkara yang asing. Apatah lagi kewujudan pencemar ini sekian lama...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4529/ http://eprints.uthm.edu.my/4529/1/KAEDAH_LESTARI_BIO%2DSERAPAN_DALAM_MERAWAT.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Air bawah tanah adalah salah satu sumber air yang mempunyai peratusan yang rendah
untuk tercemar dengan bahan pencemar N amun, peningkatan aktiviti guna tanah dan
penerokaan baru menyebabkan pencemaran air bawah tanah bukan lagi satu perkara yang
asing. Apatah lagi kewujudan pencemar ini sekian lama terperangkap di dasar lapisan
menyebabkan tahap kualiti air bumi semakin rendah. Maka, kajian ini bertujuan merawat
air bawah tanah terlebih dahulu dengan bahan yang berpotensi dapat merawat air secara
lestari dan selamat. Kajian ini dibuat dengan menggunakan bahan organik yang mudah
didapati sebagai agen rawatan di dalam proses rawatan air bawah tanah menggunakan
kaedah bio-serapan yang merupakan kaedah lestari yang lebih mudah dan ekonomi
berbanding dengan kaedah moden atau kimia yang lain. Bahan organik bio-serapan yang
digunakan adalah kulit kerang, buluh, arang dan lalang. Percampuran peratusan yang
berkesan berfungsi di dalam mengurangkan peratusan bahan cemar yang tidak melepasi
piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdapat di dalam air bawah tanah di
RECESS, UTHM iaitu Mangan, Nitrat, Sulfat, dan Klorida. Kaedah ini dijangka mampu
untuk menurunkan peratusan bahan cemar yang terkandung di dalam air bawah tanah
bagi kawasan ini di samping dapat mengaplikasikan konsep pengurangan penggunaan
bahan kimia terhadap alam sekitar dan memanfaatkannya untuk tujuan yang lebih baik
dan mesra alam. |
|---|