Sejarah pentadbiran dan pembangunan tanah di negeri Johor dari 1900 hingga 1970
Penyelidikan ini dilakukan bertujuan menjelaskan sejarah pentadbiran dan perkembangan pembangunan tanah di negeri Johor dari tahun 1900 hingga 1970. Kajian ini telah meneliti tiga perkara asas yang didapati menjadi teras pembangunan tanah yang dikaji. Pertamanya ialah penelitian tentang keadaan pent...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4664/ http://eprints.uthm.edu.my/4664/1/md_akbal_abdullah.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyelidikan ini dilakukan bertujuan menjelaskan sejarah pentadbiran dan
perkembangan pembangunan tanah di negeri Johor dari tahun 1900 hingga 1970.
Kajian ini telah meneliti tiga perkara asas yang didapati menjadi teras pembangunan
tanah yang dikaji. Pertamanya ialah penelitian tentang keadaan pentadbiran tanah dan
pendokumentasian geran tanah sebelum 1 9 10, selepas pewartaan Undang-undang
Tanah 1910 dan selepas merdeka. Kedua ialah pentadbiran dan pembangunan tanah
penempatan dan ketiga pembangunan tanah pertanian yang dimulai dari tahun yang
sama. Kajian ini tidak menumpukan kepada hasil pengeluaran dan perkembangan
sosio ekonomi dan politik negeri Johor. Sebaliknya kajian menumpukan kepada
analisis data penggunaan tanah dengan menggunakan butiran data aktiviti penempatan
dan pertanian. Kaedah penyelidikan ilmu sejarah di dalam kajian ini terdedah kepada
penggunaan angka-angka yang diambil dari dokumen-dokwnen arkib sebagai
sandman hujah dan tafsirannya. Analisis dan tafsiran sejarah di dalarn kajian ini
banyak berpandukan data perangkaan permohonan tanah, jenis-jenis tanaman, jumlah
dan petempatan penduduk yang dipersembahkan semula di dalam bentuk peta, jadual,
rajah dan pelbagai graf. Hasil kajian mendapati perkembangan pentadbiran tanah di
negeri Johor sudah beroperasi selewat-lewatnya 60 tahun sebelum pewartaan Undangundang
Tanah 1910 dengan memperkenal enam bentuk dokumentasi tanah yang
digunakan sebagai kaedah pengurusan tanah. Kajian ini juga mendapati Undangundang
Tanah 191 0 menjadi pemisah kepada sistem tanah tradisi dengan sistem tanah
moden. Dalam semua tinjauan dokumen, Undang-undank Tanah 191 0 menjadi sebab
sistem tanah dan pembangunan negeri Johor terbuka dan lebih pesat berkembang.
Kemerdekaan Malaysia dari British didapati boleh menyumbang kepada kekuatan
Orang Melayu merniliki tanah di negeri Johor, tetapi segala-galanya seolah-olah
ditentukan apabila pembangunan tanah masih terikat dengan apa yang mereka warisi
sebelum merdeka. Kajian ini juga mendapati Orang Melayu kurang berjaya
memanfaatkan diri dari dasar kelonggaran sistem pemilikan tanah, sebaliknya amat
bergantung kepada dasar kerajaan. Akhimya kajian juga dapat mengenal pasti
beberapa isu tanah, pentadbiran dan pembangunan yang boleh dijalankan
penyelidikan selanjutnya bagi terns membongkar sejarah pentadbiran dan
pembangunan negeri Johor. |
|---|