Memacu pelan transformasi pendidikan : peranan IPTA dalam membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti Pendidikan Aliran Sains dan Teknikal di Malaysia

Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memberi ruang bagi memperbaiki mutu sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia. Masalah penjurusan pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang aliran sains dan teknikal masih belum dicapai dalam sistem pendidikan negara kita. Ni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Razali, Awang, Halizah, Ibrahim, Badaruddin, Zakariah, Siti Hajar
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4912/
http://eprints.uthm.edu.my/4912/1/institusi_UTHM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memberi ruang bagi memperbaiki mutu sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia. Masalah penjurusan pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang aliran sains dan teknikal masih belum dicapai dalam sistem pendidikan negara kita. Nisbah pelajar aliran sains : sastera (60:40) masih jauh untuk dipenuhi sekiranya tiada usaha yang sewajarnya diambil. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan kadar nisbah pelajar yang berminat dalam menceburi bidang sains dan teknikal mampu dipertingkatkan. Science Technology Engineering and Mathematic Education (STEM) merupakan model dan sistem yang dipraktikan di negara barat dikesan dapat membantu pelajar-pelajar meminati bidang sains dan matematik seterusnya menjadi asas kepada pelajar dalam menguasai bidang kejuruteraan sains dan teknologi. Institut Pengajian Tinggi mempunyai peranan masing-masing dalam membantu pelajar menceburi bidang tersebut. Malaysian Technical University Network (MTUN) adalah merupakan rangkaian universiti teknikal yang dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan jumlah pelajar dalam bidang sains dan teknikal. UTHM telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan jumlah pelajar yang mengikuti program teknologi dan kejuruteraan dapat dipertingkatkan. Pelaksanaan beberapa program dan aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah adalah sangat menggalakkan. Usaha ini perlu terus dilakukan bagi memastikan minat dan kecenderungan pelajar memilih bidang sains dan teknikal dapat dikekalkan sehingga ke peringkat pemilihan kerjaya mereka.