Faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan
Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat terhadap subjek mekanik m...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5364/ http://eprints.uthm.edu.my/5364/1/ABDUL_MUQSITH_BIN_AHMAD.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat terhadap subjek mekanik mesin, Fakulti Kejuruteran Mekanikal dan Pembuatan, lepasan diploma politeknik dan matrikulasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. Kajian ini tertumpu kepada tiga persoalan kajian iaitu sikap, pengetahuan sedia ada dan kemahiran belajar. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini adalah α = 0.781. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan data kuantitatif. Persampelan dibuat secara rawak. Borang soal selidik merupakan instrumen yang akan digunakan dan daripada data yang diperolehi, analisis secara deskriptif dan inferensi akan dilakukan. Data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS 16.0). Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap faktor sikap dan kemahiran belajar antara dua kumpulan ini. Namun didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan ini terhadap faktor pengetahuan sedia ada. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada dengan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik. Bagi pelajar lepasan matrikulasi pula, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada dengan pencapaian akademik. Melalui kajian ini, tindakan boleh diambil untuk memperbaiki tahap |
|---|