Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kursus pengurusan kokurikulum dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional UTHM
Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu kriteria yang diperlukan oleh majikan untuk graduan mendapatkan peluang pekerjaan yang tinggi. Walau bagimanapun, didapati graduan kurang menguasai kemahiran kerja berpasukan menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan. Oleh itu, kajian ini dijal...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5368/ http://eprints.uthm.edu.my/5368/1/MOHD_AKMAL_BIN_MASUD.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu kriteria yang diperlukan oleh
majikan untuk graduan mendapatkan peluang pekerjaan yang tinggi. Walau
bagimanapun, didapati graduan kurang menguasai kemahiran kerja berpasukan
menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk melihat sejauh mana kemahiran kerja berpasukan dapat dibangunkan menerusi
kursus Pengurusan Kokurikulum dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik
Dan Vokasional UTHM. Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti elemen
kemahiran kerja berpasukan yang diterapkan menerusi kursus Pengurusan
Kokurikulum dan kesedaran serta penguasaan pelajar terhadap elemen tersebut. Reka
bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian kes yang melibatkan 26 orang
pelajar yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
yang mengikuti kursus Pengurusan Kokurikulum pada semester 2 sesi 2012/2013.
Penyelidik menggunakan empat jenis instrumen iaitu dokumen, pemerhatian,
temubual dan soal selidik. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan
perisian Statistic Package for Social Sciences Windows 17 (SPSS 17). Hasil kajian
ini menunjukkan kemahiran kerja berpasukan diterapkan, disedari dan dikuasai oleh
pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional menerusi kursus Pengurusan
Kokurikulum. Walau bagaimanapun, elemen membina hubungan baik, berinteraksi
dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan untuk mencapai objektif yang
sama kurang dikuasai oleh pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional.
Penyelidik mencadangkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
jigsaw bagi membangunkan lagi kemahiran kerja berpasukan pelajar. |
|---|