Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di UTHM
Kemahiran Keusahawanan merupakan antara kemahiran penting dalam kemahiran insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahir...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2013
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/5369/ http://eprints.uthm.edu.my/5369/1/MOHD_HAFEEZ_AL%2DAMIN_BIN_ADUL_WAHAB.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Kemahiran Keusahawanan merupakan antara kemahiran penting dalam kemahiran
insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat
pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan
untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan
kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Responden kajian terdiri daripada
234 orang pelajar yang merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan
mekanikal di UTHM. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan
instrumen soal selidik dan data yang dikumpulkan telah di analisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira
nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penerapan elemen
kemahiran keusahawanan adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5956 dan
tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan juga
sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5230 serta tahap penguasaan pelajar juga
adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.4934. Secara keseluruhannya tahap
penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar
adalah di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penerapan, kesedaran dan
penguasaan elemen kemahiran keusahawanan boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih
tinggi lagi dengan memberi lebih penekanan terhadap kemahiran keusahawanan bagi
mewujudkan kesedaran dan penguasaan yang tinggi dalam kalangan pelajar. |
|---|