Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM

Dalam pemodenan era teknologi, pembelajaran mudah alih merupakah salah satu medium pembelajaran yang berkembang dengan cepatnya di Malaysia. Pembelajaran mudah alih adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Tujuan utama kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A.Rahim, Norliza
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5372/
http://eprints.uthm.edu.my/5372/1/NORLIZA_BINTI_A.RAHIM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam pemodenan era teknologi, pembelajaran mudah alih merupakah salah satu medium pembelajaran yang berkembang dengan cepatnya di Malaysia. Pembelajaran mudah alih adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai (1) tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, (2) tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar dan (3) tahap penerimaan pembelajaran mudah alih oleh pelajar ijazah sarjana muda Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 327 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih dan tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran mudah alih adalah berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing dengan skor min 3.92, 3.98 dan 3.83. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan untuk penyelidikan lanjutan bagi menjayakan pembelajaran mudah alih juga ada diutarakan.