Komitmen ibu bapa menerusi PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen ibu bapa melalui PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar. Objektif kajian ini ialah mengenal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Norzahida
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5373/
http://eprints.uthm.edu.my/5373/1/NORZAHIDA_BTE_MOHAMED.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen ibu bapa melalui PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap peranan PIBG, mengenalpasti peranan PIBG dalam membantu pencapaian akademik pelajar, mengenalpasti komitmen ibu bapa dalam PIBG dan mengenalpasti terdapat hubungan yang signifikan komitmen ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan sampel utama kajian yang terdiri daripada 210 orang ibu bapa bagi Kolej Vokasional, 110 orang ibu bapa bagi sekolah kluster dan 50 orang ibu bapa bagi sekolah harian. Data mentah dianalisis menggunakan pakej perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Data dipersembahkan secara deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (kolerasi spearman). Dapatan kajian menunjukkan peranan PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Bagaimanapun tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara komitmen ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.