Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap prestasi akademik pelajar UTHM
Kecemerlangan akademik pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran oleh pensyarah dan juga gaya pembelajaran seseorang pelajar. Secara umumnya pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Manakala pembelajaran boleh didefinisikan sebagai proses pemero...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5572/ http://eprints.uthm.edu.my/5572/1/0486.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kecemerlangan akademik pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengajaran oleh pensyarah dan juga gaya pembelajaran seseorang pelajar. Secara umumnya pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Manakala pembelajaran boleh didefinisikan sebagai proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya dengan pencapaian akademik pelajar menurut persepsi pelajar. Pendekatan kajian yang digunakan adalah merangkumi populasi dan sampel kajian, soal selidik sebagai Instrumen kajian dan batasan kajian. Kajian ini telah melibatkan 6 buah fakulti di UTHM iaitu FKAAS, FKEE, FKMP, FPTek, FPT dan FTMM. Seramai 267 responden
terlibat yang mana terdiri daripada 184 pelajar sarjana muda dan 83 pensyarah. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pensyarah tentang sokongan porses pembelajaran dalam kelas adalah 74 % - 85 % bersetuju bahawa pensyarah memainkan peranan dan membantu semasa proses pembelajaran pelajar. Manakala persepsi pelajar terhadap diri mereka sendiri dalam proses pembelajaran menunjukkan 70 % - 87 %
bersetuju bahawa mereka menggunakan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan kefahaman dalam proses pembelajaran. Selain itu sekitar 50 % menyatakan bahawa mereka tidak membuat pra-pembacaaan sebelum kuliah bermula dan kurang kemahiran dalam penulisan pantas. Disini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran dan pengajaran yang diamalkan di UTHM adalah membantu dalam proses pembelajaran pelajar sarjana
muda. |
|---|