Hubungan antara gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal
Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran serta menjadi ransangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan anatara Gaya Pembelajaran Kol...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5576/ http://eprints.uthm.edu.my/5576/1/0644.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi untuk
mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran serta menjadi ransangan
bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan
anatara Gaya Pembelajaran Kolb dan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar
Tahun 1, 2, 3 dan 4 yang mengarnbil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 230
orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan menerusi
pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik yang diterjemah daripada Inventori Gaya
Pembelajaran Kolb (2000) dan Inventori Gaya Berfikir Sternberg-Wagner (1997) telah
digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Data mentah daripada soal selidik
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai gaya pembelajaran jenis
Pernusatan (Converger), diikuti dengan Penyesuaian Diri (Accomodator), Asimilasi
(Assimilator) dan Pencapahan (Diverger). Bentuk gaya berfikir jenis Oligarki (Oligarchy) paling
banyak dimiliki oleh pelajat. Ini diikuti dengan bentuk gaya berfikir jenis Monarki (Monarchic),
Anarki (Anarchic) dan Hierarki (Hierarchic). Hasil analisis ujian kolerasi Cramer V juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb
dengan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg pada keertian, a = .05. Selain itu, keputusan analisis
data ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara keempat-empat jenis Gaya Pembelajaran Kolb ke atas keempat-empat jenis Bentuk Gaya
Berfikir Sternberg. |
|---|