Memartabatkan profesion pendidikan menerusi penilaian kerja amali (PEKA)
Satu daripada nilai tara menentukan sesuatu pekerjaan merupakan profesion ialah individu yang bekerja mempunyai autonomi dalam membuat keputusan. Dalam konteks tersebut adalah diyakini bahawa Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) sepeti Penilaian Amali Sains yang mula diperkenalkan pada tahun...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5588/ http://eprints.uthm.edu.my/5588/1/Persidangan_Kebangsaan_Penilaian_Kemajuan_Berasaskan_sekolah_USM_2002.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Satu daripada nilai tara menentukan sesuatu pekerjaan merupakan profesion ialah individu yang bekerja mempunyai autonomi dalam membuat keputusan. Dalam konteks tersebut adalah diyakini bahawa Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) sepeti Penilaian Amali Sains yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 kepada pelajar-pelajar di tingkatan empat dan lima di seluruh difikirkan berpontensi memberi autonomi kepada pendidik dan seterusnya mengangkat martabat profesion pendidik. Oleh itu satu kajian perlu dijalankan untuk mendapat maklum balas daripada guru-guru sains yang telah menjadi penilai kepada kebolehan pelajar menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang biologi, fizik dan kimia di sekolah-sekolah. Fokus kajian ditumpukan kepada persoalan-persoalan iaitu apakah tindak balas mereka setelah mengendaliakn PEKA terhadap nilai-nilai tara yang menentukan sesuatu pekerjaan adalah profesion? Sejauh manakah ciri-ciri profesional dapat dipraktikkan sewaktu mereka membuat penilaian kepada pelajar? Sejauh manakaha kesungguhan mereka dalam melaksanakan PEKA? Apakah reaksi pelajar terhadap guru-guru setelah melalui prses PEKA? Dan apakah masalah-masalah yang guru-guru sains hadapi ketika melaksanakan PEKA? Disamping itu kajian yang dijalankan bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada guru-guru sains bagi tujuan membaiki kualiti penilaian atau alternatif-alternatif lain dalam mengendalikan PKBS bagi subjek sains di sekolah-sekolah. Semoga hasil kajian dapat memantapkan pengendalian PEKA di sekoah-sekolah dan pada masa yang sama pengalaman dan pandangan mereka boleh dijadikan asas dalam memartabatkan profesion pendidikan |
|---|