Sistem penggera keselamatan banjir domestik (D'FESAS)
Banjir kilat adalah antara bencana alam yang berlaku dengan cepat yang boleh mengakibatkan kesan bwuk ke atas harta benda dan nyawa manusia. Sistem amaran yang boleh memberi peringatan kepada penghuni rumah adalah amat penting pada masa kini terutamanya jika hujan lebat berlaku. Dengan adanya satu s...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5591/ http://eprints.uthm.edu.my/5591/1/0932.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Banjir kilat adalah antara bencana alam yang berlaku dengan cepat yang boleh
mengakibatkan kesan bwuk ke atas harta benda dan nyawa manusia. Sistem
amaran yang boleh memberi peringatan kepada penghuni rumah adalah amat
penting pada masa kini terutamanya jika hujan lebat berlaku. Dengan adanya
satu sistem yang boleh memberikan amaran awal mengenai paras air sehingga ke
tahap yang membahayakan mungkin boleh mengelakkan daripada berlakunya
perkara yang tidak diingini. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah
sistem penggera keselamatan banjir domestik (Domestic Flood Emergency
Security Alarm System (D'FESAS)) khususnya di kawasan perumahan dan
kawasan rendah. D'FESAS beroperasi secara hidraulik, di mana litar pengesan
banjir dan unit pengesan akan menghantar isyarat menggunakan sensor yang
telah dipasang pada setiap tahap ukuran banjir. Penggera pula dipasang pada
tahap ukuran banjir yang paling bahaya. Di dalam kajian ini, jenis pengesan
banjir yang digunakan adalah jenis "probe sensor" dan SPDT suis. Kajian ini
juga terturnpu pada penggunaan mikropengawal IC CD4066BE yang mana
merupakan penggerak utama kepada sistem ini. Mikropengawal berfungsi untuk
mengawal isyarat masukan dan memproses data masukan tersebut untuk
menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki iaitu dengan nyalaan lampu
'Light Emiting Diode ' (LED). Setiap wama lampu LED menunjukkan tahap
ukuran banjir yang berbeza iaitu bermula daripada tahap selamat, berjaga-jaga,
kecemasan sehingga tahap bahaya. Sistem hidraulik ringkas iaitu aliran dalam
paip digunakan dalam kajian ini yang diubahsuai mempunyai sensor bagi tujuan
untuk menghidupkan lampu (LED) dan penggera. D'FESAS telah dihasilkan
dalam bentuk sistem litar ringkas dan penggunaan paip sebagai penentuukur
kepada tahap aras air di mana pemasangan boleh dilakukan pada dinding rumah
dan pada sistem perparitan yang berdekatan. Kajian mendapati, D'FESAS dapat
membantu pengguna daripada menghadapi ancaman banjir kilat dan mempunyai
beberapa kelebihan, di antaranya kos yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh
setiap pengguna. 'Selain itu, D'FESAS juga merupakan sistem mudah alih dan
ringan serta penggunaannya yang mudah difahami dan mesra pengguna. |
|---|