Kajian mengenai tahap pencapaian pelajar laluan diploma politeknik berbanding pelajar laluan Diploma IPT, Matrikulasi/Asasi dan STPM yang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana muda di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bagi Fasa II
Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan industri negara. Pencapaian akademik pelajar lepasan Diploma Politeknik di IPT pula sering menjadi perbincangan dalam kalangan akademia b...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5596/ http://eprints.uthm.edu.my/5596/1/A023.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk
melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan
industri negara. Pencapaian akademik pelajar lepasan Diploma Politeknik di IPT pula
sering menjadi perbincangan dalam kalangan akademia berasaskan pencapaian
akademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
mengambil cabaran ini untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar ini berbanding
laluan lain iaitu Matrikulasi, STPM dan Diploma IPT. Ianya melibatkan empat buah
universiti teknikal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Rangkaian Universiti
Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP)
dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Penelitian ini dirancang dengan
menggunakan kajian yang diperincikan dengan mengambil sampel pelajar
kemasukan 200712008 yang bergraduat pada tahun 201 1. Prestasi akademik mereka
diambil kira melalui pencapaian mereka sewaktu di sekolah iaitu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), prestasi akademik semasa di peringkat diploma di
politeknik atau IPT, matrikulasi atau asasi ataupun STPM. Kajian juga mengukur
prestasi akademik di peringkat Sarjana Muda dan semasa mereka bergraduat. Hasil
kajian menunjukkan prestasi pelajar lepasan Diploma Politeknik kurang cemerlang di
peringkat awal pengajian. Prestasi akademik mereka semasa bergraduat juga kurang
berbanding dengan pelajar lepasan Diploma IPT dan STPM tetapi mempunyai corak
yang hampir sama dengan lepasan Matrikulasi. Kajian mencadangkan agar Jabatan
Pengajian Politeknik (JPP) mengkaji semula kurikulum yang digunakan agar dapat
disesuaikan dengan kurikulum peringkat Ijazah terutamanya yang melibatkan elemen
matematik dan kejuruteraan. Selain itu JPP boleh menilai semula kaedah pentaksiran
yang dijalankan agar dapat menggambarkan pencapaian sebenar pelajar apabila
berada di IPT. Ini disebabkan dasar penubuhan dan fungsi politeknik adalah berbeza
dengan dasar penubuhan dan fungsi IPTA dan ini menyebabkan keluaran politeknik
menghadapi laluan yang agak mencabar semasa mereka berada di IPT. |
|---|