Pengurusan penyenggaraan dan pengubahsuaian bangunan
Pengurusan Bangunan merupakan satu bidang kerja yang akan bermula ketika bangunan itu mula dibina dan hanya tamat setelah bangunan itu dirobohkan. Selagi bangunan itu berdiri tersergam, khidmat pengurusan bangunan adalah mustahak bagi memastikan khidmat asas yang diperlukan oleh penghuni diberikan d...
Disimpan dalam:
| Pengarang-pengarang Utama: | , |
|---|---|
| Format: | Buku |
| Diterbitkan: |
Penerbit UTHM
2011
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/5959/ |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Pengurusan Bangunan merupakan satu bidang kerja
yang akan bermula ketika bangunan itu mula dibina dan
hanya tamat setelah bangunan itu dirobohkan. Selagi
bangunan itu berdiri tersergam, khidmat pengurusan
bangunan adalah mustahak bagi memastikan khidmat
asas yang diperlukan oleh penghuni diberikan dengan sempurna. Konsep
pengurusan yang diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu merupakan satu
asas untuk membina satu konsep pengurusan yang sesuai dan selari dengan
harapan tinggi dari pihak pengguna masa kini.
Oleh itu, konsep pengurusan bangunan iaitu selenggara seadanya (maintain
as it is) hanya merupakan retorik kerana selera penghuni bangunan pada era
millennium adalah unik, fokus dan canggih. Ini selaras dengan perkembangan
teknologi dan aliran pengetahuan yang lebih berteknologi tinggi. Satu sistem
perancangan penyenggaraan terbaik adalah mustahak untuk menentukan kos
pengurusan dan pembaikan adalah minima, kadar sewa berpatutan, keselesaan
dan keselamatan penghuni di tahap yang tinggi, nilai bangunan stabil atau
meningkat dan jangka hayat bangunan dapat dipanjangkan. Buku ini amnya
lebih berteraskan amalan praktikal berbanding teori, dan diharap dapat
menyumbang kepada perkembangan bidang pengurusan penyenggaraan dan
pengubahsuaian bangunan di Malaysia. |
|---|