Syeikh Abdullah Fahim: tokoh intelek Melayu dan pejuang kemerdekaan
Syeikh Abdullah Fahim adalah tokoh negarawan merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, Daerah Padang Terap, Kedah pada tahun 1869. Bapa beliau Tuan Haji lbrahim bin Tahir telah membawanya ke Makk...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book |
| Published: |
Penerbit UTHM
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5991/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Syeikh Abdullah Fahim adalah tokoh negarawan
merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti
pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di
Kampung Kubur Panjang, Daerah Padang Terap, Kedah pada tahun 1869. Bapa
beliau Tuan Haji lbrahim bin Tahir telah membawanya ke Makkah sewaktu usia
kanak-kanak lagi. Berdasarkan satu lagi sumber yang menyebutkan beliau
dilahirkan di Kampung Sha’ib ‘Ali Kota Makkah al-Mukarramah pada 1870.
Syeikh Abdullah Fahim seorang kanak-kanak yang pintar dan begitu meminati
sebarang ilmu yang diajarkan kepadanya. Ini dibuktikan dengan kejayaan
cemerlang beliau menguasai bukan sahaja ilmu-ilmu agama secara khusus
seperti fiqah, tauhid, usuluddin, tafsir al-Qur’an dan sebagainya tetapi ilmuilmu
bantu yang lain seperti kesusasteraan Arab, mantiq, ilmu hisab dan ilmu
falak. Kesungguhan dan minat yang mendalam beliau terhadap menuntut ilmu
dibuktikan oleh anaknya Dato’ Haji Ahmad Badawi, “bapanya telah berguru
daripada 42 orang ulamak dan pelbagai bangsa dan bidang samada agama,
akademik dan politik”. |
|---|