Kejiranan dan kesejahteraan hidup masyarakat di bandar
Dewasa ini, perhatian masyarakat terhadap konsep Bandar Sejahtera, Bandar Sihat, Bandar Hijau dan Bandar Berdayahuni kian mendapat tempat. Keperluan manusia terhadap habitat yang selamat dan sejahtera merupakan satu keperluan dan ianya wajar diberi perhatian oleh pihak pemerintah. Justeru, apabila m...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Book |
| Published: |
Penerbit UTHM
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6009/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dewasa ini, perhatian masyarakat terhadap konsep
Bandar Sejahtera, Bandar Sihat, Bandar Hijau
dan Bandar Berdayahuni kian mendapat tempat.
Keperluan manusia terhadap habitat yang selamat
dan sejahtera merupakan satu keperluan dan ianya
wajar diberi perhatian oleh pihak pemerintah. Justeru, apabila memperkatakan
tentang kualiti hidup dan kesejahteraan bandar, maka buku ini merupakan
sebahagian daripada rentetannya. Isu utama yang diutarakan dalam buku
ini adalah berkaitan Kejiranan dan Kesejahteraan hidup masyarakat bandar,
merupakan satu isu yang relevan dan tepat pada masanya memandangkan isu
kemampanan Bandar. Bandar berdayahuni semakin mendapat perhatian dan
diwacanakan baik dalam kalangan ahli akademik, pembuat dasar dan orang
perseorangan. Buku ini telah memilih posisi untuk berkongsi isu kejiranan
yang dilihat berada dalam situasi “miskin diamalkan” oleh masyarakat bandar.
Justeru, pendirian penulisan untuk mempersembahkan hasil penyelidikan
tentang kejiranan di bandar, adalah wajar memandangkan nilai-nilai kejiranan
semakin kabur diamalkan oleh masyarakat bandar. Kesibukan bekerja,
hambatan waktu dan sikap orang bandar yang “gah” dengan “engkau-engkau
dan aku-aku”, perlu diganti dan disuburkan dengan nilai kejiranan yang positif
iaitu “saling mengenal, bantu membantu, mengambil endah” dan sebagainya. Ini
kerana nilai kejiranan yang positif telah terbukti antaranya boleh mengekang
kejadian jenayah komuniti. Dua hasil kajian berkaitan dengan kejiranan telah
disingkap melalui hasil kajian di dua taman perumahan iaitu di Johor Bharu,
Johor dan di Majlis Perbandaran Kajang, Selangor. Buku ini telah berjaya
membongkar faktor-faktor kelangsungan hubungan kejiranan dalam kalangan
penduduk bandar, juga berjaya meneliti faktor-faktor yang menghalang
hubungan kejiranan berlangsung dengan baik dalam kalangan penduduk.
Pentingnya hubungan kejiranan ini dilihat berdasarkan jenis dan reka bentuk
rumah adalah sebagai menilai perancangan yang telah dijalankan oleh pihak
perancang supaya penambahbaikan dapat dilakukan di masa-masa akan
datang. Selain itu, peri pentingnya faktor-faktor yang menghalang hubungan
kejiranan diselidiki supaya ianya dapat disuburkan kembali. Hakikatnya
hubungan kejiranan dapat menyumbang ke arah peningkatkan kualiti hidup
yang baik di bandar. |
|---|