Isu-isu ekonomi dan kewangan terpilih
Buku ini merupakan usaha pertama menggabungkan pelbagai latar disiplin dalam mengkaji isu ekonomi dan kewangan berdasarkan hasil penyelidikan dengan merujuk kepada kajian kes semasa. Buku ini terdiri daripada sembilan bab yang menyelusuri pelbagai isu yang berbeza namun saling berkaitan antara satu...
Disimpan dalam:
| Pengarang-pengarang Lain: | |
|---|---|
| Format: | Buku |
| Diterbitkan: |
Penerbit UTHM
2013
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/6018/ |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Buku ini merupakan usaha pertama menggabungkan
pelbagai latar disiplin dalam mengkaji isu ekonomi
dan kewangan berdasarkan hasil penyelidikan dengan
merujuk kepada kajian kes semasa. Buku ini terdiri
daripada sembilan bab yang menyelusuri pelbagai isu yang berbeza namun
saling berkaitan antara satu dengan lain dengan tema buku ini. Sementara dari
segi skop perbincangan pula, lima bab yang pertama membincangkan tentang
isu-isu ekonomi yang meliputi ekonomi wilayah, industri, keusahawanan
universiti dan ekonomi komuniti pesisir. Bahagian kedua pula menyentuh
tentang isu-isu kewangan seperti e-pelaporan kewangan, laporan kewangan
berdasarkan piawaian kewangan 101, inovasi perbankan internet dan
pengetahuan serta tingkah laku kewangan belia. Justeru, buku ini memiliki
kelebihan tersendiri sebagai bahan bacaan yang berguna kepada khalayak
yang berminat dengan isu-isu ekonomi dan kewangan semasa.
Sehubungan itu, buku Isu-Isu Ekonomi dan Kewangan Terpilih ini boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelbagai pihak sama ada mereka yang
terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti pensyarah, penyelidik,
pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam
pengurusan dan perlaksanaan dasar yang berkaitan dengan pembangunan
ekonomi. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan
kepada pendidik dan pelajar di institusi kemahiran dan sekolah menengah. |
|---|