Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi aktiviti perkhemahan dalam kalangan ahli kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen dalam Kemahiran Insaniah (KI) yang wajib diterapkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kemahiran kerja berpasukan bukan sahaja diterapkan di dalam kelas tetapi boleh diterapkan dalam aktiviti...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Kusin, Siti Aminah, Esa, Ahmad
格式: Conference or Workshop Item
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/6203/
http://eprints.uthm.edu.my/6203/1/PEMBANGUNAN_KEMAHIRAN_KERJA_BERPASUKAN.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen dalam Kemahiran Insaniah (KI) yang wajib diterapkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kemahiran kerja berpasukan bukan sahaja diterapkan di dalam kelas tetapi boleh diterapkan dalam aktiviti kokurikulum.Tujuan penerapan kemahiran ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mampu melakukan kerja secara berpasukan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan dan hidup bermasyarakat.Penyelidik telah memilih pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi aktiviti perkhemahan dalam kalangan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) sebagai tajuk kajian. Responden terdiri daripada pelajar yang menyertai unit berunifom KLKM, UTHM. Aktiviti perkhemahan dipilih kerana dalam aktiviti ini menuntut ahli KLKM melakukan kerja secara berpasukan. Dapatan kajian diharap dapat menunjukkan pembangunan kemahiran kerja berpasukan dapat diwujudkan menerusi aktiviti perkhemahan. Penyelidik menggunakan empat instrumen iaitu analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk memperolehi dapatan kajian. Semua data akan dianaljsis mengikut garis panduan yang ditetapkan dan segala data soal selidik yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisiq Statistical Package For the Social Science (SPSS))for Window Version 20.0.