Transformasi pendidikan teknikal dan vokasional terhadap penyediaan latihan guru dalam membantu aritkulasi kolej vokasional dan institusi latihan kemahiran

Pendidikan Teknikal dan vokasional adalah salah satu bidang pendidikan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Transformasi pendidikan negara telah menyebabkan bidang pendidikan teknikal dan vokasional perlu selari dengan perubahan yang berlaku. Ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Razali, Mohd Hashim, Mohamad Hisyam, Abd Halim, Fazlinda, Amiruddin, Mohd Hasril
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6208/
http://eprints.uthm.edu.my/6208/1/TRANSFORMASI_PENDIDIKAN_TEKNIKAL.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Teknikal dan vokasional adalah salah satu bidang pendidikan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Transformasi pendidikan negara telah menyebabkan bidang pendidikan teknikal dan vokasional perlu selari dengan perubahan yang berlaku. Kesan daripada transformasi boleh diterjemahkan dalam kontek implikasi yang berlaku dan halatuju yang jelas. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan implikasi dan halatuju apabila berlakunya transformasi pendidikan teknikal dan vokasional negara seperti naik taraf sekolah vokasional ke kolej vokasional. Antara perkara yang difokuskan adalah mengenai cabaran penyediaan latihan guru teknikal dan vokasional dalam membantu kesinambungan Artikulasi lepasan Kolej Vokasional dan Institusi Latihan Kemahiran. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) UTHM telah mengambil inisiatif untuk membantu menyediakan laluan lepasan Kolej Vokasional dan Institusi Latihan Kemahiran supaya dapat diberi peluang untuk mengikuti latihan sebagai guru vokasional kepada graduan yang layak. Persefaharnan ini akan memberikan imp* yang tinggi kepada Kolej Vokasional dan Institusi Latihan Kemahiran dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara. Selain itu, hubungan atau kolaborasi yang berpanjangan dan erat juga mampu memberikan kejayaan yang signifikan kearah pemerkasaan pola latihan guru teknikal dan vokasional di Malaysia demi menjamin kualiti tenaga pengajar yang benar-benar mencapai tahap ketarampilan.