Pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam dalam kalangan remaja terlanjur di Pusat Pemulihan Akhlak Remaja

Program latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam merupakan salah satu usaha oleh Pusat Pemulihan Akhlak Remaja (PPAR) di Malaysia sama ada dari pihak kerajaan, swasta ataupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu remaja terlanjur memperoleh kemahiran untuk membolehkan mereka bekerja apabi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Esa, Ahmad, Abd Aziz , Zalina@Siti Aishah, Mohamad, Haerani
Format: Article
Published: Minda Masagi Press Bandung and UNSUR Cianju 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6303/
http://eprints.uthm.edu.my/6303/1/Artikel_14.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam merupakan salah satu usaha oleh Pusat Pemulihan Akhlak Remaja (PPAR) di Malaysia sama ada dari pihak kerajaan, swasta ataupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu remaja terlanjur memperoleh kemahiran untuk membolehkan mereka bekerja apabila selesai menjalani latihan di PPAR. Walau bagaimanapun terdapat PPAR di Malaysia yang kurang berkesan melaksanakan program tersebut kerana tidak mengintegrasikan latihan kemahiran dan Pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan program latihan vokasional masakan, Pendidikan Islam dan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam serta kesan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam di enam lokasi PPAR di Malaysia. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrument set borang soal selidik yang melibatkan 158 pelatih sebagai sampel kajian. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati pelatih mempersetujui program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan positif kepada mereka. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan yang lengkap dan seragam harus dimurnikan oleh pihak yang terlibat dalam mengaplikasikan program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam bukan setakat di PPAR, malahan juga di seluruh pusat latihan pendidikan di Malaysia.