Penghasilan modul pembelajaran kendiri (mpk) untuk mata pelajaran kaedah membatik
Kajian ini dijalankan untuk melihat penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Kaedah Membatik. MPK yang dibina adalah berbentuk compact disk(CD) dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/643/ http://eprints.uthm.edu.my/643/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_(MPK)_UNTUK_MATA_PELAJARAN_KAEDAH_MEMBATIK.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Kaedah Membatik. MPK yang dibina adalah berbentuk compact disk(CD) dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping
itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan MPK dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran pelajar. Responden kajian ini terdiri
daripada 34 orang pelajar semester enam Diploma Rekaan Fesyen Dan Pakaian,Politeknik Johor Bahru. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis
menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan isi
pelajaran MPK yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar, disamping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil
kajian juga mendapati bahawa penghasilan MPK dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana MPK boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar. |
|---|