Keterlibatan pelajar secara aktif dalam kokurikulum (sukan) terhadap peningkatan kemahiran generik
Penglibatan secara aktif pelajar di dalam aktiviti sukan dilihat dari pelbagai peringkat pencapaian bermula dengan mewakili kolej kediaman, fakulti, universiti dan juga peringkat antarabangsa dengan mewakili negara di temasya- temasya sukan yang berprestij tinggi. Kemahiran- kemahiran yang cuba dite...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6756/ http://eprints.uthm.edu.my/6756/1/Keterlibatan_Pelajar_Secara_Aktif_Dalam_Kokurikulum.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penglibatan secara aktif pelajar di dalam aktiviti sukan dilihat dari pelbagai peringkat
pencapaian bermula dengan mewakili kolej kediaman, fakulti, universiti dan juga
peringkat antarabangsa dengan mewakili negara di temasya- temasya sukan yang
berprestij tinggi. Kemahiran- kemahiran yang cuba diterapkan di dalam aktiviti
kokurikulum ialah kemahiran generik. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum dapat
membantu bagi mencorakkan kemahiran generik pada diri pelajar sebagai bekalan
dalam mempromosikan diri di alam pekerjaan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin
mengkaji tahap peningkatan kemahiran generik dalam kalangan pelajar kejuruteraan
dan teknikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terlibat secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum (sukan). Sampel kajian melibatkan 196 pelajar dari 400
pelajar UTHM yang terlibat dalam 19 jenis sukan. Kajian ini menumpukan kepada
mengenalpasti faktor penglibatan pelajar, tahap pengaplikasian pelajar dan persepsi
pelajar menerusi penglibatan mereka secara aktif dalam kegiatan kokurikulum (sukan).
Kajian tinjauan dengan mengunakan pendekatan kaedah kuantitatif akan dijalankan.
Instrumen soal selidik yang dibina secara umumnya bertujuan untuk menjawab
objektif utama kajian dan persoalan kajian bagi kajian ini diedarkan kepada pelajar
yang merupakan atlit UTHM yang bergiat aktif dalam kokurikulum (sukan). Data yang
diperolehi menggunakan set soal selidik akan diproses menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package For Social Science) versi 19.0. Faktor-faktor yang mendorong
penglibatan pelajar dan tahap pengaplikasian kemahiran generik yang diterima pelajar
menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti sukan akan dapat dikenalpasti mengunakan
kajian deskriptif. Dapatan dari kajian ini akan dapat membantu dalam memberi
cadangan secara menyeluruh bagi meningkatkan pengusaan kemahiran generik oleh
pelajar menerusi penglibatan dalam kokurikulum sukan di UTHM dan Institut
Pengajian Tinggi yang lain |
|---|