Pelancongan sukan: konsep dan kajian kes
Pelancongan sukan masih baru di Malaysia. Pembangunan sektor ini mendapat perhatian pihak kerajaan dan pemegang taruh lain bertitik tolak daripada kejayaan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa iaitu Kejohanan Le Tour de Langkawi pada tahun 1996 dan tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998. Sele...
Saved in:
| Other Authors: | |
|---|---|
| Format: | Book |
| Published: |
Penerbit UTHM
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6841/ http://eprints.uthm.edu.my/6841/1/pelancongan_sukan.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pelancongan sukan masih baru di Malaysia. Pembangunan sektor ini
mendapat perhatian pihak kerajaan dan pemegang taruh lain bertitik
tolak daripada kejayaan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa
iaitu Kejohanan Le Tour de Langkawi pada tahun 1996 dan tuan
rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998. Selepas itu, Malaysia
mula dikenali sebagai antara destinasi pelancongan sukan yang
tersohor di rantau Asia Pasifik, apatah lagi selepas Litar Antarabangsa
Sepang mula menjadi lokasi perlumbaan Formula 1 Crand Prix pada
tahun 1999.
Pelancongan sukan memiliki ciri khusus yang membezakannya
dengan tarikan pelancongan yang lain. Pelancongan berkonsep
keluarga didapati popular ketika cuti umum dan cuti sekolah sahaja
manakala pelancongan kembara pula didominasi oleh individu
bekerjaya yang mengambil cuti ataupun kumpulan pelajar yang
sedang menghabiskan cuti semester mereka. Lazimnya, manfaat yang
diterima daripada jenis pelancongan ini kepada ekonomi tempatan
dan negara, secara relatifnya adalah lebih rendah berbanding dengan
pelancongan sukan. Kepesatan pelancongan sukan didorong oleh
penganjuran sukan kebangsaan dan antarabangsa sama ada pada
skala mega mahupun skala kecil. Malah terdapat pelbagai jenis
penganjuran sukan seperti Iiga, bersiri, tahunan, dwitahunan, empat
tahun sekali mahupun giliran atau bidaan sebagai tuan rumah
penganjur kejohanan. Terdapat beberapa kelebihan dan keunikan
ciri pelancongan sukan sebagai pemangkin ekonomi berpendapatan
tinggi di Malaysia, iaitu (i) komuniti dan pemegang taruh khusus yang terlibat; (ii) tempoh penganjuran acara sukan; (iii) persiapan
tuan rumah penganjur dan pasukan yang bertanding; (iv) bilangan
penonton secara langsung dan melalui media elektronik; (v) liputan
media yang pelbagai dan meluas serta (vi) pelbagai jenis dan sumber
penajaan yang diterima. |
|---|