Development of teamwork skills through extra-curricular hockey among students in UTHM
Penglibatan dalam kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT). Penglibatan dalam kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insania...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6927/ http://eprints.uthm.edu.my/6927/1/5._MDP%2D53.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penglibatan dalam kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT). Penglibatan dalam kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam
kalangan pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insaniah yang tinggi terhadap bakal pekerjanya. Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu
elemen Kemahiran Insaniah (KI). Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum khususnya dalam permainan hoki di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh penyelidik adalah berbentuk kajian kes. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan sekumpulan pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum hoki di UTHM sebagai sampel kajian.
Penyelidik memilih kajian kes sebagai rekabentuk kajian kerana melalui kajian kes, maklumat yang diperoleh amat teliti dan mendalam telah dikumpul untuk menjawab
persoalan kajian. Instrumen yang digunakan adalah borang selidik, temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen yang digunakan untuk mengumpul data mengenai penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran berpasukan dalam kalangan
responden. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 33 orang pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum sukan hoki di UTHM. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian. Hasil soal selidik telah dianalisis dengan
menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 2.0. Kajian ini mencadangkan agar jurulatih atau pensyarah kursus menjadi role models yang dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan yang berterusan supaya dapat menjadi ikutan pelajar. |
|---|