Penggunaan kaca buangan sebagai agregat halus dalam turapan asfalt
Agregat merupakan juzuk utama dalam reka bentuk campuran asfalt atau hot mix asphalt (HMA). Permintaan yang tinggi terhadap agregat semulajadi boleh menyebabkan kekurangannya. Ini boleh menyebabkan masalah yang besar terhadap pembinaan jalan raya. Terdapat pelbagai cadangan bagi menyelesaikan masala...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/698/ http://eprints.uthm.edu.my/698/1/24_Pages_from_PENGGUNAAN_KACA_BUANGAN_SEBAGAI_AGREGET_HALUS_DALAM_TURAPAN_ASFALT.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Agregat merupakan juzuk utama dalam reka bentuk campuran asfalt atau hot mix asphalt (HMA). Permintaan yang tinggi terhadap agregat semulajadi boleh menyebabkan kekurangannya. Ini boleh menyebabkan masalah yang besar terhadap pembinaan jalan raya. Terdapat pelbagai cadangan bagi menyelesaikan masalah ini. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaca buangan sebagai agregat
halus. Kaca buangan merupakan bahan yang 100% boleh dikitar semula. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai kesesuaian kaca sebagai agregat halus di dalam campuran berasfalt. Dalam kajian ini, campuran jenis ACW20 (Asphaltic Concrete
Wearing course) disediakan. Ujian makmal yang dilaksanakan adalah ujian Marshall dan ujian Modulus Kekenyalan. Campuran tanpa kaca juga dibuat sebagai perbandingan. Ujian Marshall dilaksanakan bagi mendapatkan kandungan bitumen
optimum dan kandungan kaca maksimum, manakala ujian Modulus Kekenyalan dilaksanakan untuk menentukan kesan beban terhadap campuran ACW20 berkaca. Hasil kajian menunjukkan bahawa kandungan kaca maksimum yang boleh digunakan
sebagai agregat halus dalam turapan asfalt ialah 19%. |
|---|