Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum sukan hoki dalam kalangan pelajar UTHM
Penglibatan dalam kokurikulum sememangnya penting di samping proses pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat termasuk Institusi Pengajian Tinggi bagi mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kem...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7063/ http://eprints.uthm.edu.my/7063/1/ALUNAWATI_BINTI_BUHARI_24.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penglibatan dalam kokurikulum sememangnya penting di samping proses pengajaran
dan pembelajaran di semua peringkat termasuk Institusi Pengajian Tinggi bagi
mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilakukan untuk
mengenal pasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja
berpasukan menerusi kokurikulum hoki di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh pengkaji adalah berbentuk kajian
kes kerana maklumat yang diperoleh lebih teliti dan spesifik untuk menjawab persoalan
kajian. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi untuk menganalisis data iaitu borang
soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Jumlah sampel kajian yang
terlibat dalam kajian ini adalah 73 orang pelajar yang merangkumi jumlah keseluruhan
populasi. Hasil soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) Version 20 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penerapan elemen kemahiran
kerja berpasukan ini dalam kokurikulum hoki di UTHM. Kajian ini mencadangkan agar
jurulatih atau pensyarah kursus sebagai agen perubahan dalam menerapkan kemahiran
kerja berpasukan yang berkesan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu
berdaya saing di pasaran global. |
|---|