Kesan penggunaan koswer multimedia animasi visual terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik
Ramai pelajar yang bermasalah dalam topik Pelan dan Dongakan. Ini kerana pelajar sukar untuk membayangkan objek yang tersembunyi melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara konvensional. Penyelidik telah membangunkan satu koswer multimedia animasi visual dalam topik Pelan dan Dongaka...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2015
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/7077/ http://eprints.uthm.edu.my/7077/1/SITI_SUHAILA_BINTI_SUTAJI_24.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Ramai pelajar yang bermasalah dalam topik Pelan dan Dongakan. Ini kerana
pelajar sukar untuk membayangkan objek yang tersembunyi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara konvensional. Penyelidik telah
membangunkan satu koswer multimedia animasi visual dalam topik Pelan dan
Dongakan dengan menerapkan kesemua elemen-elemen yang dapat membantu
meningkatkan kemahiran visual iaitu elemen animasi, video, audio, grafik dan teks.
Seterusnya, kajian kuasi eksperimental ini turut dijalankan bertujuan untuk
mengetahui kesan penggunaan koswer multimedia animasi visual terhadap
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik di sekolah menengah. Ujian Pra
dan Ujian Pos digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian yang signifikan
selepas menggunakan koswer multimedia animasi visual yang menggunakan teori
Kognitif Visual Wiley. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 40
orang pelajar Tingkatan Lima yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang dipilih daripada sebuah sekolah di
daerah Batu Pahat, Johor. Hasil analisis menunjukkan peningkatan skor min markah
bagi pelajar kumpulan rawatan. Hasil analisis ujian-t (paired-sample-t-test)
membuktikan bahawa wujudnya perbezaan skor min markah yang signifikan di
antara markah ujian pra dan markah ujian pos bagi kumpulan rawatan. Oleh itu,
terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min markah ujian pra dan ujian pos
bagi pelajar kumpulan rawatan selepas menggunakan koswer multimedia animasi
visual. Manakala instrumen soal selidik yang digunakan untuk melihat tahap
penerimaan pelajar selepas menggunakan koswer multimedia animasi visual
berdasarkan tiga aspek iaitu aspek isi kandungan, aspek interaksi dan aspek
persembahan telah memeperolehi skor min yang tinggi bagi ketiga-tiga aspek
tersebut. Dapatan kajian ini menggambarkan penggunaan koswer multimedia
animasi visual dapat membantu meningkatkan pencapaian Matematik di dalam bilik
darjah terutama yang tidak melibatkan pengiraan. |
|---|