Rekabentuk mesin pengering mee siput dual automatik

Projek ini adalah berkaitan dengan aplikasi teknologi mekanikal bagi menghasilkan rekabentuk mesin pengering mee siput berkuasa motor elektrik dan berfungsi secara dual automatik dengan melibatkan penggunaan talisawat semasa operasi. Hasil rekabentuk penciptaan mesin pengering mee siput dual automat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Mahmod Abd Hakim, Shebli, M. S., Shah, A. S. M., Hamdani, M. A., Shamsulbahri, W. S. W., Kaamin, Masiri, Aziz, A. R. A.
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7405/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek ini adalah berkaitan dengan aplikasi teknologi mekanikal bagi menghasilkan rekabentuk mesin pengering mee siput berkuasa motor elektrik dan berfungsi secara dual automatik dengan melibatkan penggunaan talisawat semasa operasi. Hasil rekabentuk penciptaan mesin pengering mee siput dual automatik ini memudahkan pengguna atau pengusaha dalam kegunaan industri kecil dan sederhana serta kegunaan harian. Melalui kajian yang dijalankan, kaedah secara konvensional memakan masa 8 jam dan penghasilannya adalah lambat yang tidak memenuhi permintaan masyarakat. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga telah melambatkan proses pengeringan ini apabila ia melalui proses penyimpanan. Secara ringkasnya, proses penambahbaikan terhadap mesin ini terutamanya pada bahagian motor dan tali sawat amat diperlukan oleh para pengusaha mee siput bagi mempercepatkan proses pengeringan ini sehingga 3 jam. Secara keseluruhannya projek ini mempunyai objektif untuk membangun satu mesin yang melibatkan pemasangan sistem motor dan tali sawat supaya ia beroperasi secara efektif dalam proses pengeringan mee siput. Keberkesanan projek ini dalam mengurangkan kelajuan putaran rak pada mesin telah dicapai sebanyak 13.33% dengan pengurangan masa pengeringan kepada 3 jam