Tahap penyertaan ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dalam aktiviti pembangunan komuniti di Johor
Penyertaan komuniti merupakan pendekatan bawah-atas yang efektif dalam menangani masalah kemiskinan dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Sebagai medium pendayaupayaan, penyertaan memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Melalui penyertaan tersebut, ahl...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7408/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyertaan komuniti merupakan pendekatan bawah-atas yang efektif dalam
menangani masalah kemiskinan dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Sebagai
medium pendayaupayaan, penyertaan memainkan peranan penting bagi menentukan
kejayaan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Melalui penyertaan tersebut, ahli
komuniti diberi ruang membentuk perubahan yang diinginkan, membina kapasiti
atau kemampuan, serta mempertingkatkan potensi diri. Atas alasan ini, pengkaji
ingin meninjau sejauh mana penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan
PWPK di Johor bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan ke tahap yang lebih baik.
Penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut dikaji berdasarkan penyertaan dalam
pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah. Seramai 366 ahli
daripada 60 buah PWPK telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan
kelompok pelbagai peringkat (cluster multistage sampling) sebagai responden
kajian. Maklumat kajian di kumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis
dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyertaan ahli
PWPK dalam aktiviti pembangunan bagi ketiga-tiga tahap terletak pada tahap
sederhana. Justeru itu bagi memastikan PWPK digunakan sepenuhnya sebagai
medium pendayaupayaan, maka strategi berkesan diperlukan bagi
mempertingkatkan tahap penyertaan mereka pada setiap peringkat |
|---|