Penerimaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dalam kalangan pemandu menggunakan model penerimaan teknologi

Kemalangan jalan raya merupakan isu yang sering berlaku setiap tahun. Sikap pemandu iaitu memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan merupakan salah satu punca kepada kemalangan jalan raya. Bagi mengatasi masalah ini, satu program intervensi kerajaan telah dilaksanakan iaitu pemasangan kamera S...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்கள்: Rosli, Naida, Ambak, Kamarudin, David , Basil Daniel, Prasetijo, Joewono
வடிவம்: கட்டுரை
வெளியீடப்பட்டது: Universiti Teknologi Malaysia 2015
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/3788/3338
http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/3788/3338
http://eprints.uthm.edu.my/7438/1/kamarudin_ambak_U.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Kemalangan jalan raya merupakan isu yang sering berlaku setiap tahun. Sikap pemandu iaitu memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan merupakan salah satu punca kepada kemalangan jalan raya. Bagi mengatasi masalah ini, satu program intervensi kerajaan telah dilaksanakan iaitu pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik ataupun Automated Enforcement System (AES). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada penerimaan AES dalam kalangan pemandu serta untuk menentukan tahap penerimaan AES berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Analisis Korelasi dan Regresi telah digunakan di dalam kajian ini. Borang kaji selidik telah dibentuk berdasarkan format Driver Behaviour Questionnare(DBQ) dan TAM. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 226 orang responden dalam kalangan pemandu-pemandu kereta. Keputusan kajian ini menunjukkan faktor yang paling dominan ialah persepsi kemudahan menerima berbanding tahap penerimaan pemandu terhadap AES.Justeru, pihak berkuasa boleh menggunapakai dan meneruskan kaedah pemantauan menggunakan AES sebagai salah satu langkah aktiviti penguatkuasaan kesalahan trafik.