Cabaran-cabaran kemajuan kerjaya wanita menurut persepsi pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Wanita telah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan ekonomi negara khasnya dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dianggap oleh pelajar wanita sebagai cabaran yang akan mempengaruhi kemajuan keijaya mereka kelak. Data dalam kajian ini dip...
Saved in:
| 主要作者: | |
|---|---|
| 格式: | Thesis |
| 出版: |
2003
|
| 主题: | |
| 在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/746/ http://eprints.uthm.edu.my/746/1/24_Pages_from_CABARAN%2DCABARAN_KEMAJUAN_KERJAYA_WANITA_MENURUT_PERSEPSI_PELAJAR_SARJANA_PENDIDIKAN_.pdf |
| 标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
| 总结: | Wanita telah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan ekonomi negara khasnya dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dianggap oleh pelajar wanita sebagai cabaran yang akan mempengaruhi kemajuan keijaya mereka kelak. Data dalam kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 60 orang pelajar wanita kursus Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan ujian statistik dengan perisian Special Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 10.0.
Analisis statistik diskriptif (kekerapan, peratusan dan min) dilakukan untuk menganalisis tahap persepsi responden terhadap faktor-faktor cabaran yang akan mempengaruhi kemajuan keijaya mereka. Hasil kajian menunjukkan responden yangbterlibat dalam kajian ini menganggap faktor tahap akademik merupakan cabaran utama yang mempengaruhi kemajuan keijaya wanita. Di samping itu mereka juga bersetuju bahawa cabaran-cabaran lain iaitu faktor peluang latihan dan pihak
pengurusan merupakan cabaran yang tidak begitu ketara dalam mempengaruhi kemajuan keijaya mereka. Walau bagaimanapun, faktor hidup berkeluarga tidak dianggap sebagai cabaran yang boleh mempengaruhi kemajuan keijaya mereka. |
|---|