Pembentukan dan penilaian indikator begkel elektrik cemerlang : satu kajian di sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Pembentukan dan Penilian Indikator Bengkel Elektrik Cemerlang: Satu Kajian di Sekolh Menengah Teknik Johor Bahru". Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan bengkel elktrik samada cemerlang atau tidak, mengena...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang Utama: Mohamed Yunus, Ahmad Syukri
Format: Thesis
Diterbitkan: 2003
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.uthm.edu.my/748/
http://eprints.uthm.edu.my/748/1/24_Pages_from_PEMBENTUKAN_DAN_PENILAIAN_INDIKATOR_BENGKEL_ELEKTRIK_CEMERLANG_SATU_KAJIAN_DI_SEKOLA.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Pembentukan dan Penilian Indikator Bengkel Elektrik Cemerlang: Satu Kajian di Sekolh Menengah Teknik Johor Bahru". Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan bengkel elktrik samada cemerlang atau tidak, mengenalpasti sejauhmanakah indikator yang dihasilkan sesuai digunakan di bengkel elektrik serta mengenalpasti apakah indikator yang paling penting daJam menentukan kecemerlangan bengkel elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Responden adalah terdiri daripada guru, staf sokongan sekolah dan 52 orang pelajar tingkatan lima jurusan Kejuruteraan Elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Indikator yang dihasilkan dapat dijadikan satu piawaian yang dapat menjadi panduan samada bengkel elektrik itu cemerlang atau tidak. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for the Social Science version 10.0) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif iaitu taburan skor min dan peratus. Dapatan menunjukkan hampir keseJuruhan responden menyatakan bengkel elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru adalah cemerlang dan indikator yang dihasilkan adalah sesuai digunakan. Responden pelajar telah memilih kemudahan dan peralatan yang mencukupi manakala guru dan staf sokongan memilih proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai indikator yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan bengkel elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.