Penghasilan sistem pemasaran program pendidikan berterusan (e-pemasaran) berasaskan web bagi unit pendidikan berterusan KUITTHO : kajian kebolehgunaan di KUiTTHO
Pemasaran elektronik (e-pemasaran) merupakan cara yang paling berkesan untuk mempromosi jenama, servis dan produk. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan Sistem Pemasaran Program Pendidikan Berterusan (e-Pemasaran) Berasaskan Web bagi Unit Pendidikan Berterusan (UPB)...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/768/ http://eprints.uthm.edu.my/768/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_SISTEM_PEMASARAN_PROGRAM_PENDIDIKAN_BERTERUSAN_(e%2DPemasaran)_BERASASKAN_.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pemasaran elektronik (e-pemasaran) merupakan cara yang paling berkesan
untuk mempromosi jenama, servis dan produk. Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk membangunkan Sistem Pemasaran Program Pendidikan
Berterusan (e-Pemasaran) Berasaskan Web bagi Unit Pendidikan Berterusan (UPB)
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Sistem ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai platform
utama dan Microsoft Access sebagai pangkalan data. Kajian ini adalah berbentuk
tinjauan dan pengkaji menilainya dari aspek kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini
adalah bertujuan untuk menilai tahap kebolehgunaan Sistem e-Pemasaran yang telah
dibangunkan dari aspek antaramuka, mesra pengguna, menu yang terdapat dalam
sistem dan potensi sistem terhadap pemasaran. Seramai 40 orang responden diambil
dari set populasi kajian yang terdiri daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan
(publisiti dan promosi) UPB KUiTTHO dan juga pelanggan UPB KUiTTHO. Untuk
kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan juga temubual. Data-data
yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for
Social Sciences Version 11.0 (SPSS) yang melibatkan skor min dan ujian Mann-
Whitney U. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa mesra pengguna, penggunaan
menu dan potensi terhadap pemasaran berada di tahap tinggi sementara antaramuka
berada di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, kebolehgunaan sistem adalah pada
tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara
persepsi pihak pengurusan UPB dan pelanggan UPB terhadap kebolehgunaan sistem.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sistem boleh digunakan oleh semua pihak dan
seterusnya dapat membantu pihak pengurusan UPB dalam mempromosikan program
yang ditawarkan. Pengkaji mencadangkan agar Sistem e-Pemasaran ini dapat
dimantapkan dari aspek antaramuka dan aspek-aspek lain bagi mengatasi kelemahan
sistem yang telah dibangunkan. |
|---|