Strategi pemasaran di dalam bidang keusahawanan : satu tinjauan di kalangan pelajar katering, Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor
Strategi pemasaran memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan mahupun kegagalan sesebuah pemiagaan. Lantaran itu, satu kajian di jalankan untuk meninjau kecenderungan pelajar dalam menceburi bidang keusahwanan dan meninjau sejauh mana pengetahuan pelajar dalam bidang pemasaran khususny...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/771/ http://eprints.uthm.edu.my/771/1/24_Pages_from_STRATEGI_PEMASARAN_DI_DALAM_BIDANG_KEUSAHAWANAN_%2D_SATU_TINJAUAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Strategi pemasaran memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan
mahupun kegagalan sesebuah pemiagaan. Lantaran itu, satu kajian di jalankan untuk
meninjau kecenderungan pelajar dalam menceburi bidang keusahwanan dan
meninjau sejauh mana pengetahuan pelajar dalam bidang pemasaran khususnya
pengetahuan tentang strategi pemasaran yang merangkumi strategi keluaran, harga,
saluran agihan dan promosi. Di dalam merealisasikan kajian ini, seramai 37 orang
pelajar tingkatan 5, kursus Katering, Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor telah di
jadikan sampel kajian. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian
yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif melalui program SPSS (Statistical
Package for Social Sciene) versi 10.0. Daripada kajian yang telah dijalankan, di
dapati bahawa setiap pelajar mempunyai kecenderungan serta minat yang tinggi
untuk menceburi bidang keusahawanan tetapi mereka masih lagi kurang atau tidak
mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pemasaran khususnya dari
aspek strategi pemasaran. Melihat akan permasalahan ini, pengkaji telah
menghasilkan satu garis panduan yang berkaitan dengan strategi pemasaran bagi
rujukan pelajar mahupun pihak-pihak yang berkaitan. Di akhir bab ini juga pengkaji
telah mengemukakan beberapa andaian dan idea agar ianya dapat dijadikan panduan
dan rujukan di masa hadapan. |
|---|