Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Kajian ini turut melihat perbezaan kedua-dua pembolehubah bersandar ini mengikut faktor jantina dan kategori jawatan serta perkaitan d...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/773/ http://eprints.uthm.edu.my/773/1/24_Pages_from_TAHAP_KEPUASAN_KERJA_DAN_KECENDERUNGAN_BERTUKAR_KERJA_DI_KALANGAN_STAF_BUKAN_AKADEMI.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja dan kecenderungan
bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn. Kajian ini turut melihat perbezaan kedua-dua pembolehubah bersandar ini mengikut
faktor jantina dan kategori jawatan serta perkaitan di antara kepuasan keija dengan
kecenderungan bertukar kerja. Kajian kes ini melibatkan 105 orang responden iaitu 100 %
daripada sampel yang terdiri daripada staf beijawatan juruteknik, pembantu makmal dan
pegawai pentadbiran. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan analisis data
dilakukan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for the Social Science).
Analisis keseluruhan sampel menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja dan
kecenderungan bertukar kerja berada pada tahap sederhana. Dari segi kepuasan kerja
bertukar kerja mengikut jantina dan jawatan, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan diantara jantina dan jawatan. Manakala bagi kecenderungan bertukar keija
mengikut jantina dan jawatan hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan diantara jantina dan jawatan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan
positif yang rendah di antara kepuasan kerja dengan kecenderungan bertukar kerja. Ini
menunjukkan bahawa kepuasan kerja bukan menjadi faktor yang utama untuk
kecenderungan seseorang bertukar kerja. |
|---|