Sosioekonomi orang asli jakun di kampung peta
Taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli pada masa kini masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat lain. Permasalahan ini juga turut berlaku dalam masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Justeru, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu (i) mengenal pasti pembangunan di Kampung Peta dan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7921/ http://eprints.uthm.edu.my/7921/4/MOHD_NUR_SYUFAAT_BIN_JAMIRAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli pada masa kini masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat lain. Permasalahan ini juga turut berlaku dalam masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Justeru, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu (i) mengenal pasti pembangunan di Kampung Peta dan (ii) mengkaji keadaan sosioekonomi penduduk Kampung Peta. Data telah dikumpulkan melalui kaedah soal selidik terhadap 59 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang terdapat di Kampung Peta dan juga temubual mendalam dengan menggunakan soalan separa struktur terhadap responden utama iaitu Tok Batin, pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mersing dan pengurus Taman Negara Endau-Rompin (TNER). Kajian mendapati pelbagai pembangunan telah diterima oleh penduduk Kampung Peta. Pembangunan tersebut adalah dari aspek sosial dan ekonomi yang dijangkakan dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Namun begitu, taraf sosioekonomi mereka didapati masih rendah berikutan daripada 84.7 peratus daripada jumlah KIR yang masih mempunyai purata pendapatan isi rumah yang berada di bawah paras garis kemiskinan Semenanjung iaitu RM720. Pendapatan mereka juga didapati tidak menentu dan bermusim. Terdapat empat cabaran utama dalam membangunkan taraf sosioekonomi mereka iaitu (i) skop pekerjaan yang terhad; (ii) kedatangan pelancong yang bermusim; (iii) pengeksploitasian orang tengah; dan (iv) jati diri Orang Asli yang rendah. Oleh itu, terdapat lima pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi membangunkan sosioekonomi penduduk Kampung Peta iaitu (i) menggalakkan penggunaan tanah, (ii) meningkatkan tahap pendidikan, (iii) melahirkan golongan profesional, (iv) meningkatkan aktiviti keusahawanan serta (v) melibatkan NGO dan swasta dalam membangunkan Kampung Peta. Hal ini dapat melahirkan modal insan yang berkualiti supaya matlamat kelestarian pembangunan masyarakat Malaysia khususnya Orang Asli dapat dicapai. |
|---|