Gaya pengurusan konflik : hubungannya dengan faktor jantina, kursus diambil semasa ijazah pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Gaya pengurusan konflik yang berkesan di kalangan pelajar amatlah penting kerana gaya pengurusan konflik yang tidak sesuai dengan situasi konflik akan terbawabawa hingga ke alam pekerjaan dan ini akan menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja. Kajian lalu menunjukkan bahawa jantina, personaliti dan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2006
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/818/ http://eprints.uthm.edu.my/818/1/24_Pages_from_GAYA_PENGURUSAN_KONFLIK_%2D_HUBUNGANNYA_DENGAN_FAKTOR_JANTINA%2C_KURSUS_DIAMBIL_SEMASA_I.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Gaya pengurusan konflik yang berkesan di kalangan pelajar amatlah penting
kerana gaya pengurusan konflik yang tidak sesuai dengan situasi konflik akan terbawabawa
hingga ke alam pekerjaan dan ini akan menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja.
Kajian lalu menunjukkan bahawa jantina, personaliti dan pengalaman lalu seseorang
mempengaruhi gaya pengurusan mereka. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji
perkaitan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor jantina, kursus semasa Ijazah
Pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV). Kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan telah digunakan dengan 200 orang pelajar
Sarjana PTV di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn daripada semester satu,
dua dan tiga yang dipilih secara rawak. Satu set soal selidik gaya pengurusan konflik
adaptasi daripada Thomas Kilmann Conflict Mode Instrument (T-KCMI) dan soal selidik
personaliti adaptasi Myers Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan bagi
mendapat data gaya pengurusan konflik dan personaliti. Data dianalisis dengan
menggunakan frekuensi, min dan ujian Khi Kuasa dua. Secara amnya hasil kajian
menunjukkan bahawa semua gaya pengurusan konflik digunakan oleh pelajar dalam
menguruskan konflik. Dapatan pertama menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan
gaya pengurusan konflik antara pelajar lelaki dan perempuan (p=0.O52). Dapatan kedua
menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan gaya pengurusan konflik antara pelajar
berlainan kursus Ijazah Pertama dalam menguruskan konflik (p=0.69). Akhir sekali,
dapatan menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya pengurusan
konflik dengan jenis personaliti responden (p=0.01). Kesimpulannya, pelajar Sarjana
PTV mengamalkan semua gaya pengurusan konflik dan jenis personaliti menentukan
pemilihan gaya pengurusan konflik. |
|---|