Kesan stress terhadap pencapaian akademik dan personaliti pelajar politeknik
Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat umum untuk melahirkan warganegara yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Isu yang kritikal bagi stress di kalangan pelajar adalah kesannya terhadap pembelajaran. Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan stress tanpa mengalami ap...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/822/ http://eprints.uthm.edu.my/822/1/24_Pages_from_KESAN_STRESS_TERHADAP_PENCAPAIAN_AKADEMIK_DAN_PERSONALITI_PELAJAR_POLITEKNIK.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat umum untuk melahirkan
warganegara yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Isu yang
kritikal bagi stress di kalangan pelajar adalah kesannya terhadap pembelajaran.
Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan stress tanpa mengalami apa-apa
kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta boleh memotivasikan diri. Kajian
ini secara umumnya bertujuan untuk mengetahui kesan stress terhadap pencapaian
akademik dan personaliti pelajar politeknik. Kajian telah dijalankan terhadap 311
orang responden yang terdiri daripada pelajar politeknik (POLIMAS, PTSS dan
PSP). Kaedah pengumpulan data ialah dengan mengedarkan borang soal selidik yang
mengandungi maklumat latar belakang pelajar, tahap bebanan, tahap stress,
personaliti dan pencapaian akademik pelajar. Ujian ANOVA digunakan untuk
melihat perbezaan tahap stress antara pelajar Jabatan Mekanikal, Elektrik dan
Awam. Keputusan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara
pelajar berlainan pengkhususan. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat
perhubungan antara stress dengan bebanan, personaliti dan pencapaian akademik
(CGPA). Analisis mendapati terdapat hubungan yang yang sederhana tetapi
signifikan antara stress dengan bebanan dan personaliti. Hubungan antara stress
dengan pencapaian akademik pula adalah tidak signifikan. Daripada kajian yang
telah dijalankan, didapati individu di bawah tahap stress yang sederhana dan tahap
stress yang tinggi mendapat pencapaian akademik yang kurang berbanding dengan
pelajar yang mempunyai tahap stress biasa. Mekanisma yang menjelaskan mengapa
pelajar menunjukkan prestasi yang buruk disebabkan stress adalah cara pemikiran
mereka sendiri. Sekiranya mereka mudah berputus asa, mereka tidak dapat berusaha
untuk meningkatkan pencapaian. |
|---|