Persepsi guru terhadap perlaksanaan program pendidikan pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "think tourism"
Program Pendidikan Pelancongan merupakan satu bentuk pelancongan yang diterapkan di dalam sistem pendidikan bersepadu. Ia lebih menjurus kepada aktiviti pelancongan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan menerusi Kelab Pelancongan Sekolah. Program Pendidikan Pelancongan ini memberi pendedahan awal te...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/826/ http://eprints.uthm.edu.my/826/1/24_Pages_from_PERSEPSI_GURU_TERHADAP_PERLAKSANAAN_PROGRAM_PENDIDIKAN_PELANCONGAN_DALAM_MENJANA_MIN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Program Pendidikan Pelancongan merupakan satu bentuk pelancongan yang
diterapkan di dalam sistem pendidikan bersepadu. Ia lebih menjurus kepada aktiviti
pelancongan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan menerusi Kelab Pelancongan
Sekolah. Program Pendidikan Pelancongan ini memberi pendedahan awal tentang
industri pelancongan dari segi kerjaya, peluang, komponen-komponen pelancongan
dan ianya dapat menjana daya pemiktran pelajar ke arah industri pelancongan melalui
beberapa aspek. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah
perlaksanaan Program Pendidikan Pelancongan menerusi Kelab Pelancongan dalam
menjana minda pelajar ke arah "Think Tourism ". Pengkaji ingin mengetahui sejauh
manakah kesediaan guru dalam meiaksanakan aktiviti Kelab Pelancongan Selain itu,
ia juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah sokongan pihak pengurusan dalam
meiaksanakan Program Pendidikan Pelancongan dalam menjana minda pelajar ke
arah "Tliink Tourism ". Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang guru
pembimbing Kelab Pelancongan di sekolah sekitar negeri Selangor. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Keseluruhan data telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.5
dengan mendapatkan nilai peratusan dan jumlah skor min. Dapatan kajian mendapati
bahawa peranan Kelab Pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "Think
Tourism " berada pada tahap yang tinggi. Ini adalah berdasarkan kepada min purata
iaitu 4.32. Kesediaan guru dalam meiaksanakan Program Pendidikan Pelancongan
berada pada tahap yang tinggi dengan nilai purata skor min 3.90. Manakala dari segi
sokongan pihak pengurusan dalam meiaksanakan Program Pendidikan Pelancongan di
sekolah pula, nilai min yang diperolehi ialah 3.31. Nilai ini berada pada tahap
sederhana. |
|---|