Kompetensi jurulatih XYZ
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi dalam kalangan jurulatih Program Latihan XYZ. Kerangka kajian ini menggunakan Model Kompetensi Untuk Jurulatih oleh Barbazette (2005). Data diperolehi menggunakan soal selidik sebagai sumber data utama dan responden kajian terdiri daripada p...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8395/ http://eprints.uthm.edu.my/8395/1/PERKEM2016_2C4.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi dalam kalangan jurulatih Program Latihan XYZ. Kerangka kajian ini menggunakan Model Kompetensi Untuk Jurulatih oleh Barbazette (2005). Data diperolehi menggunakan soal selidik sebagai sumber data utama dan responden kajian terdiri daripada pelatih XYZ. Hasil kajian berdasarkan 28 kompetensi pengetahuan, kemahiran, dan sikap (KSA); 11 item kompetensi berada pada tahap tinggi, dan 17 item pada tahap sederhana. Dalam 20 kompetensi emosi dan spiritual (ESC); 5 item berada pada tahap tinggi, dan 15 item lagi pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan kompetensi ESC sangat penting dan perlu diberikan perhatian oleh jurulatih XYZ selari dengan kompetensi KSA. Dapatan kajian ini memperkukuhkan teori Barbazette (2005) dengan memasukkan elemen-elemen baru kompetensi yang ditemui dalam kajian iaitu aspek 1) emosi dan spiritual (kerohanian). Implikasinya, jurulatih XYZ perlu memainkan peranan pelbagai kompetensi untuk menghasilkan keberkesanan program latihan berimpak tinggi. Kompetensi ini boleh menjadi asas dan kriteria penting dalam proses membuat pemilihan dan pelantikan jurulatih XYZ secara profesional pada masa depan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memperkukuhkan body of knowledge dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan sumber manusia. |
|---|