Analisis konsep adalah dan musawah menurut al-Quran dan al-Sunnah
Wujud golongan yang salah faham terhadap konsep 'adalah (keadilan) dan musawah (kesamarataan) terhadap wanita. Mereka sering menganggap keadilan dan kesamarataan ada hak asasi setiap manusia dan sekiranya pada hemat mereka terdapat syariat Islam yang tidak adil kepada wanita dan ia harus diromb...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8477/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Wujud golongan yang salah faham terhadap konsep 'adalah (keadilan) dan musawah (kesamarataan) terhadap wanita. Mereka sering menganggap keadilan dan kesamarataan ada hak asasi setiap manusia dan sekiranya pada hemat mereka terdapat syariat Islam yang tidak adil kepada wanita dan ia harus dirombak semula dan digantikan dengan hukum yang baru. Oleh itu, wujud golongan yang menggesa kepada kesamarataan hak dalam gender atas dasar ingin mewujudkan keadilan kepada kaum wanita. Kertas ini menganalisis konsep sebenar keadilan dan kesamarataan dengan melakukan analisis daripada aspek pendefinisian yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Untuk mencapai objektif yang telah digariskan, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai sumber pengumpulan data dan proses penganalisisan data menggunakan kaedah perbandingan diskriptif. Hasil kajian mendapati konsep keadilan dan kesamarataan tidak boleh dilihat secara berasingan malah ia mesti dilihat daripada konteks keseluruhan sistem. Wujud nilai-nilai kesamarataan berikutan wujudnya nilai-nilai keadilan. Malah agama Islam menyanjung nilai keadilan berbanding nilai kesamarataan apabila terdapat konflik antara kedua-dua nilai tersebut. Kesamarataan merupakan bahagian penting dalam keadilan. |
|---|