Kaedah pemeriksaan bangunan tinggi menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV)

Penyelenggaraan bangunan adalah merupakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian kerosakkan pada bangunan. Ia bertujuan untuk memaksimakan usia dan kecekapan bangunan serta memenuhi kepuasan pemiliknya. Bangunan tinggi biasanya menjadi mercu tanda serta tarikan kepada orang ramai. Pembersihan tigkap,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kaamin, Masiri, Abd. Aziz, Nurunnazifah, Mohd Bukari, Saifullizan, Ali, Zaurin, Samion, Norhafiza, Abd Kadir, Aslila, Ngadiman, Norhayati
Format: Article
Published: Penerbit UTM Press 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8536/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelenggaraan bangunan adalah merupakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian kerosakkan pada bangunan. Ia bertujuan untuk memaksimakan usia dan kecekapan bangunan serta memenuhi kepuasan pemiliknya. Bangunan tinggi biasanya menjadi mercu tanda serta tarikan kepada orang ramai. Pembersihan tigkap, penyiasatan dan pembaikan struktur merupakan kerja-kerja penyelenggaraan yang tertentu perlu dilaksanakan. Sebelum kerja penyelenggaraan dikenalpasti, penyiasatan visual merupakan proses utama yang perlu dilaksanakan. Ia adalah untuk menentukan jenis kerosakkan atau kecacatan pada bangunan. Teropong dan kamera merupakan alat utama yang digunakan dalam penyiasatan visual untuk bangunan tinggi. Grafik dan gambar yang dihasilkan tersebut akan dianalisis. Kini, pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicle - UAV) bukan sahaja digunakan sebagai hobi tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai alat penyiasatan visual bagi bangunan tinggi. Kajian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana penggunaan pesawat mikro UAV dapat membantu dalam kerja-kerja penyiastan visual di bangunan tinggi. Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn telah dipilih dalam kajian ini. Penggunaan pesawat mikro UAV membolehkan kerosakan dan kecacatan pada struktur bangunan dikesan secara dekat dan lebih jelas walau pada ketinggian yang tinggi. Data-data diambil dengan pesawat mikro UAV diterbangkan dengan jarak lebih kurang 2 m dari dinding bangunan sambil merakam video. Video-video tersebut telah diproses ke dalam bentuk imej menggunakan ‘snapshot’. Imej kerosakan yang dikesan di ‘zoom’ dan dianalisis menggunakan suntingan Adobe Photoshop untuk menunjukkan kerosakan dengan lebih jelas. Hasil kajian ini, terdapat 39 kerosakan yang dikesan meliputi kecacatan dalam bentuk cat luntur, cat mengelupas, cat berkapur, permukaan dinding tidak rata dan keretakan.