Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP)
Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK M...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8913/ http://eprints.uthm.edu.my/8913/1/SITI_NOR_IDAYU_BINTI_MOHD_NASSIR.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan
Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
(MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi
menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI
SMK Mawar, penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di
PPKI SMK Mawar dan bagaimana PTK dengan penglibatan industri boleh menjadi
panduan kepada pelaksanaan untuk MBPK MP. Kaedah kajian kualitatif dan strategi
kajian kes telah digunakan untuk pengumpulan dan analisis data melalui kaedah
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, kajian ini menggunakan
kaedah persampelan bertujuan dengan memilih 6 orang peserta kajian yang
bersesuaian. Dapatan kajian telah dapat mengenalpasti dan menjelaskan secara
terperinci tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP dan merungkaikan cabarancabaran
yang wujud sepanjang program tersebut dijalankan. Selain itu, hasil dapatan
kajian berjaya merangka satu Kerangka Amalan Transisi Kerjaya MBPK MP sebagai
panduan dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan panduan
atau rujukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan
Negeri Johor (JPNJ), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pihak institusi
pendidikan vokasional awam dan swasta, industri, keluarga dan MBPK MP untuk
melaksanakan PTK dengan berkesan. Di samping itu, beberapa cadangan telah
dibuat untuk rujukan pihak berkepentingan dan kajian lanjutan. |
|---|