Permodelan keupayaan tenaga serapan bagi tiub pelindung laga menggunakan kaedah unsur terhingga

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji prestasi penyerap tenaga dan kelakuan runtuhan pada pelindung laga apabila berlaku perlanggaran. Pelindung laga dapat mengurangkan tahap kecederaan kepada pemandu dan penumpang kenderaan semasa berlaku kemalangan. Berdasarkan kepada kajian lepas, kebanyakkan perb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Mohd. Azizan
Format: Thesis
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8927/
http://eprints.uthm.edu.my/8927/1/Mohd_Azizan_Ismail.compressed.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji prestasi penyerap tenaga dan kelakuan runtuhan pada pelindung laga apabila berlaku perlanggaran. Pelindung laga dapat mengurangkan tahap kecederaan kepada pemandu dan penumpang kenderaan semasa berlaku kemalangan. Berdasarkan kepada kajian lepas, kebanyakkan perbincangan dijalankan adalah dalam mampatan sepaksi. Namun, mampatan sipi kurang dibincangkan. Pada masa yang sama, kurang kajian pada tiub hibrid dalam struktur pelindung laga. Model simulasi tiub pelindung laga dibina dengan menggunakan unsur terhingga ANSYS/LS-DYNA dengan mampatan kuasi-statik. Tiub pelindung laga menggunakan keluli berketahanan tinggi sebagai lapisan dalam dan bahan komposit pada lapisan luar. Bahan komposit yang digunakan adalah e-kaca/epoksi dan karbon/epoksi. Perubahan mampatan nisbah sipi yang digunakan adalah 0.00, 0.25, 0.50 dan 0.75. Perubahan sudut susunan komposit yang terlibat adalah [+30º/-30º/+30º], [+45º/-45º/+45º] dan [+60º/-60º/+60º] dengan ketebalan lapisan 0.5, 0.8 dan 1.0 mm. Manakala, perubahan nisbah elips yang digunakan pada tiub keluli adalah 0.5, 0.7, 1.0, 1.3 dan 1.5. Selain itu, jenis sentuhan algoritma yang digunakan adalah "automatic surface to surface contact", "contact automatic single surface", "contact eroding single surface" dan "contact tiebreak surface to surface" pada jasad tegar, tiub keluli dan lapisan komposit. Kesan perubahan ketebalan, jenis dan sudut susunan lapisan komposit terhadap prestasi tenaga serapan dan kelakuan runtuhan beransur dipertimbangkan dalam kajian. Kajian ini menunjukkan tiub hibrid menghasilkan prestasi tenaga serapan yang lebih baik berbanding tiub keluli kosong. Selain itu, didapati jenis komposit karbon/epoksi menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding dengan komposit e-kaca/epoksi terhadap prestasi penyerapan tenaga.