Potensi pelaksanaan pendekatan Building Information Modeling (BIM) dalam praktis pengurusan fasiliti
Pengurusan Fasiliti merupakan sektor perkhidmatan pelbagai disiplin yang mempunyai integrasi antara manusia, premis, proses dan teknologi. Dari aspek sesebuah bangunan, satu sistem Pengurusan Fasiliti yang bersepadu dan menyeluruh harus dijanakan dalam memastikan pengoperasian, penyelenggaran dan ki...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9057/ http://eprints.uthm.edu.my/9057/1/Saiful_Asmawi_Abdullah.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pengurusan Fasiliti merupakan sektor perkhidmatan pelbagai disiplin yang
mempunyai integrasi antara manusia, premis, proses dan teknologi. Dari aspek
sesebuah bangunan, satu sistem Pengurusan Fasiliti yang bersepadu dan menyeluruh
harus dijanakan dalam memastikan pengoperasian, penyelenggaran dan kitaran hayat
bangunan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Building Information Modelling
(BIM) telah dikenal pasti sebagai satu mekanisme yang dapat membantu sistem
Pengurusan Fasiliti dan mampu menawarkan satu standard platform sistem yang
lebih tinggi kefungsian dalam menguruskan sesebuah bangunan. Namun, senario
pembangunan BIM dalam industri Pengurusan Fasiliti di Malaysia masih lagi rendah
disebabkan industri tersebut masih lagi perlahan untuk melibatkan diri dengan
teknologi tersebut. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada persoalan-persoalan
mengenai kefahaman tentang BIM dan kepentingan pelaksanaannya dalam praktis
Pengurusan Fasiliti, tahap kesediaan pihak Pengurusan Fasiliti mengaplikasikan BIM
serta cadangan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Jenis
kajian kualitatif telah dipilih dalam kajian ini dengan melaksanakan kaedah temubual
separa struktur (Semi-structured Interview) ke atas 10 orang yang terlibat dalam
kerja-kerja Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kefahaman setiap responden mengenai BIM adalah berbeza namun bersetuju
menyatakan kepentingan utamanya dalam Pengurusan Fasiliti adalah sebagai tempat
penyimpanan maklumat. Namun pihak-pihak Pengurusan Fasiliti masih kurang
bersedia untuk mengaplikasikan BIM di Malaysia kerana terdapat pelbagai cabaran
yang dihadapi. Dengan itu, satu rangka kerja langkah-langkah pelaksanaan BIM
dalam praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia telah dibentuk. Melalui rangka kerja
ini, golongan-golongan praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia dapat mengetahui apa
yang diperlukan untuk mengadaptasi BIM ke dalam Pengurusan Fasiliti dan
seterusnya meningkatkan kualiti sistem Pengurusan Fasiliti yang sedia ada. |
|---|