Potensi dan promosi pelancongan fito di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia
Kajian ini menyediakan data untuk menyokong potensi pelancongan fito sebagai aset pelancongan alam semulajadi baharu khususnya di negeri Johor. Daripada 342 individu tumbuhan vaskular yang dipetakan di denai berukuran 2,176.20 x 10.0 m, 20 spesies berkarismatik telah diketengahkan sebagai produk pel...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9060/ http://eprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini menyediakan data untuk menyokong potensi pelancongan fito sebagai
aset pelancongan alam semulajadi baharu khususnya di negeri Johor. Daripada 342
individu tumbuhan vaskular yang dipetakan di denai berukuran 2,176.20 x 10.0 m,
20 spesies berkarismatik telah diketengahkan sebagai produk pelancongan fito.
Kumpulan tumbuhan terpilih ini merangkumi 13 spesies pokok, empat (4)
tumbuhan memanjat, dua (2) spesies herba, dan satu (1) spesies pokok renek.
Kriteria pemilihan merangkumi aspek keendemikan, kenadiran, tarikan morfologi,
sifat dan tingkah laku istimewa, kaitan budaya masyarakat tempatan, keselamatan
dan keternampakan. Maklumat berkaitan spesies tumbuhan terpilih ini seterusnya
dirangkumkan ke dalam buku panduan pelancong dan papan tanda sebagai
medium promosi. Konsistensi dan kebolehpercayaan soal selidik untuk meninjau
kecenderungan dan kepuasan pelancong pula diuji menggunakan analisis
Cronbach’s Alpha dengan dapatan nilai 0.932. Pengujian soal selidik ke atas 50
orang pelancong selepas melawati denai kajian mendapati elemen flora dipilih
sebagai faktor motivasi utama lawatan ke TNJER manakala tumbuhan
menumpang/simbiotik dipilih sebagai tumbuhan yang paling menarik perhatian.
Ingin menemui spesies endemik iaitu Livistona endauensis dan merehatkan minda
dipilih sebagai faktor tarikan dan faktor tolakan utama terhadap pelancongan fito.
Responden turut sangat bersetuju bahawa medium pelancongan yang dibangunkan
membantu meningkatkan kefahaman tentang kepelbagaian spesies tumbuhan.
Pelancongan fito telah menambah variasi produk pelancongan alam semulajadi di
negeri Johor dan dilihat berpotensi dikembangkan ke kawasan semulajadi yang
lain disamping membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tempatan,
negeri malah negara. |
|---|