Persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan aspirasi kerjaya dalam mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat.Persepsi pelajar dalam kajian ini dikaji dari tiga aspek utama iaitu amalan, kemahiran dan sikap serta hubungan yang wujud antara aspirasi kerjaya den...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9063/ http://eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat.Persepsi pelajar
dalam kajian ini dikaji dari tiga aspek utama iaitu amalan, kemahiran dan sikap serta
hubungan yang wujud antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek tersebut dalam
Mata Pelajaran Vokasional (MPV).Kajian ini melibatkan 126 orang responden iaitu
terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV di sekolah harian daerah
Batu Pahat.Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi.Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data
diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0
dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan dan
korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan
(min=4.36) kemahiran (min=4.05) dan sikap (min=4.26) pelajar terhadap MPV secara
keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi
kerjaya. Aspek amalan (r=0.269) dan sikap (r=0.219) menunjukkan hubungan yang
sangat lemah manakala aspek kemahiran (r=0.400) menunjukkan hubungan yang lemah.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap MPV di
sekolah menengah harian daerah Batu Pahat berada pada tahap tinggi dan terdapat
hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji dengan aspirasi kerjaya
pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional. |
|---|