Amalan dan penggunaan herba dalam perubatan tradisional melayu selepas bersalin di Zon Tengah, Semenanjung Malaysia
Pembangunan tanpa mengambil kira pemeliharaan dan pemuliharaan pengetahuan tradisional Melayu boleh mengakibatkan bangsa Melayu kehilangan identiti.Kajian ini telah dilakukan untuk mendokumenkan amalan-amalan; mengumpul tumbuhan ubatan, mengenalpasti dan menyenaraikan tumbuhan ubatanserta mendokumen...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2016
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/9071/ http://eprints.uthm.edu.my/9071/1/Siti_Khairul_Bariyyah_Akhiar.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Pembangunan tanpa mengambil kira pemeliharaan dan pemuliharaan pengetahuan
tradisional Melayu boleh mengakibatkan bangsa Melayu kehilangan identiti.Kajian
ini telah dilakukan untuk mendokumenkan amalan-amalan; mengumpul tumbuhan
ubatan, mengenalpasti dan menyenaraikan tumbuhan ubatanserta mendokumenkan
kaedah penggunaan tumbuhan ubatan dalam rawatan dan penjagaan tradisional
Melayu selepas bersalin; serta mengumpul dan menganalisis maklumat bioaktiviti
tumbuhan ubatan tersebut melalui carian atas talian. Kajian melibatkan dua fasa; (i)
tinjauan temubual bersemuka ke atas 30 orang bidan kampung dan (ii) carian atas
talian. Julat umur bagi tiga puluh orang responden ini di antara 49 hingga 85 tahun
(purata 64 tahun). Manakala, pengalaman perbidanan responden berjulat antara 5
hingga 54 tahun (mod 15-19 tahun). Sebahagian besar (36%) tamat sekolah rendah.
Daripada temubual, terdapat 14 amalan dalam perbidanan Melayu dan ini telah
didokumenkan. Amalan yang lazim dilakukan oleh lebih dari 70% responden ialah
berurut, berbengkung, memakai pilis dan param. Analisis merekodkan 80 spesies
daripada 37 famili tumbuhan digunakan dalam rawatan. Daripada kajian literatur atas
talian, tumbuhan ubatan 41 bioaktiviti yang bertindak seperti anti mikrobial, anti
oksidan, anti radang, aktiviti mengawal kesakitan dan penyembuhan luka telah
dikenalpasti. Data literatur atas talian ini menyediakan bukti saintifik keberkesanan
tumbuhan ubatan yang digunakan dalam amalan perbidanan Melayu. Secara
keseluruhannya, perbidanan Melayu selepas bersalin merupakan usaha holistik ke
arah kesihatan dan kesejahteraan ibu. Ia terdiri daripada empat aspek utama; amalan,
penggunaan herba, penjagaan pemakanan dan penjagaan perilaku. Oleh itu,
pendokumentasian perbidanan Melayu ini dapat mengekalkan budaya dan identiti
bangsa Melayu; serta membuktikan secara saintifik kepentingan dan nilai tumbuhan
ubatan. Ia juga menyedarkan keperluan memelihara dan memulihara biodiversiti
negara kita yang kaya dengan tumbuhan ubatan yang berpotensi untuk diiktiraf
diperingkat antarabangsa dan menyumbang kepada ekonomi negara. |
|---|