Pelaksanaan pembelajaran melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) dalam memperkasakan pengajaran pensyarah di politeknik
Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET), perubahan dari segi kaedah e-pembelajaran berasaskan CIDOS diperkenalkan dalam kalangan pensyarah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembel...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9087/ http://eprints.uthm.edu.my/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan
Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET), perubahan dari segi kaedah
e-pembelajaran berasaskan CIDOS diperkenalkan dalam kalangan pensyarah. Kajian
ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep
e-pembelajaran CIDOS di politeknik. Empat aspek utama yang dinilai dalam kajian
iaitu aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah
dalam mengamalkan pembelajaran CIDOS. Kajian ini dilakukan ke atas pensyarah
politeknik di Jabatan Kejuruteraan. Empat buah politeknik terlibat dalam kajian ini
iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Melaka, Politeknik Port Dickson
dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Seramai 363 sampel terlibat dalam
penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian.
Data yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil kajian menunjukkan tahap
persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap
sederhana dengan purata keseluruhan nilai skor min 3.50 (SD = 0.38). Dapatan
kajian juga mendapati tahap kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dengan
konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min
3.45 (SD = 0.52). Manakala bagi menguji kekuatan hubungan antara persepsi dengan
kecenderungan pensyarah analisis Korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat terhadap tahap persepsi
dengan kecenderungan pensyarah dalam menggunakan CIDOS dengan nilai korelasi
sebanyak 0.730. Kesimpulannya, pensyarah perlu mempersiapkan diri bukan sahaja
dengan persepsi yang baik, tetapi kecenderungan dan minat dalam melaksanakan
pembelajaran CIDOS seterusnya dapat memperkasakan pengajaran pensyarah dalam
bidang pendidikan yang kini makin mencabar. |
|---|